Friday, 4 January 2013

' Dia Lebih Mengerti '



Assalamualaikum 


Sebenarnya utk pengetahuan kawan2 semua...aku juga seorg yg suka dgn novel...dah berlambak dah ni novel jadi koleksi...dah bole jadi mini library kut...hehehee...setiap bulan mesti beli sekurang2nya 1 novel baru...sampaikan ada ada lagi yg tak sempat nak baca lagi...mcm novel ni lah...dah lama giler beli...rasanya nak setahun dah...baru hari ni nak belek ( biasalah...buat pekasam dulu kan ) hehehee...so aku bagi sinopsis citer novel ni sikit...mana lah tau korang tiba2 minat nak beli kan.

SINOPSIS

Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya, sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yg masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dn dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan utknya.

Tetapi lelaki yg bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah. Bagi lelaki ini, cinta yg ditemuinya kali ini, cinta sejati. Bagaimana Umairah mengalah. Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah. Cintanya hanya utk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yg ada dihatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.


so...itu jer lah sinopsis dia...klu rasa best, pegi cari kat kedai buku ok...hehehee.

Semalam, Hari ini & esok


Assalamualaikum

Hari ini aku nak bermadah lagi, pasal semalam, hari ini & esok dan aku bersyukur dapat melalui 3 hari itu dalam ku...walau manis atau pahit...sebenarnya telah kita lalui dan tempuhi tanpa kita sedari.

Semalam,
Aku tahu peristiwa semalam hanyalah 1 kenangan
Aku tak ingin peristiwa semalam berulang kembali dalam hidupku
Aku tak ingin peristiwa semalam menghantui hidupku
Aku tak ingin itu semua muncul menjelma kembali mengangguku
Aku inginkan biarlah semalam berlalu pergi buat selamanya
Dan tetap akan tinggal dgn nama kenangan

Hari Ini
Aku terasa bahagia
Aku terasa sempurna
Aku terasa sakit
Aku terasa sengsara
Aku terasa sedih
Aku terasa marah
Aku terasa gembira
Aku nak semua rasa itu kekal disitu
Aku nak rasa itu kekal utk aku

Esok
Aku ingin yang terbaik buatku
Aku ingin kebahagian buatku
Aku ingin sokongan disisiku
Aku ingin sentiasa mengingati mu TUHAN
Aku ingin semuanya dalam kehidupanku
Semalam, Hari ini dan Esok akan tetap hadir dalam hidupku
Walau aku lari sejuta batu...dia akan sentiasa ada dengan ku
Ia akan sentiasa ada utk aku, dan takkan pernah pergi dari aku
walau sekelumit waktu

ok...puisi ni aku buat utk tatapan teman2 ku semua...enjoy & TQ siapa yg baca.

Wednesday, 2 January 2013

Bicara Rindu...

Assalamualaikum



Ermmmm....hati aku tiba2 rasa rindu pulak...tapi tak tau apa yg aku rindu sebenarnya...so mcm nak tulis pasal rindu...hehehee...( mengada2 betul ko ni lina ) rindu ni sebenanrnya taklah complicated sgt...terpulang pada kita mcm mana nak handle rindu tu kan...hehehee...coz bagi aku maksud rindu tu sangat meluas & mendalam....dan bagi aku juga rindu itu sesuatu perasaan yg unik yg TUHAN lahirkan dihati kita.

RINDU

sungguh aku rindu saat ini
tapi apa yg aku rindu?
hati tolong jelaskan pada aku perasaan rindu ini yg sebenar..
aku cuba menyelami hati sendiri
bertanya pada sang hati, apa yg cuba disampaikan

YA
aku rindu padamu TUHAN
utk mengadu & berbicara padamu
tentang apa yg tersurat didalam hati
tentang apa yg aku rasa
sebab aku tahu KAU adalah pendengar segala ceritaku
kerna hanya KAU yg boleh memahami segalanya.

YA
aku rindu padamu yg bergelar Suami
rindu sangat utk menatap wajahmu yg tenang
rindu menatap matamu yg selalu bersinar kasih
rindu kata2 yg ko zahirkan dari hati nurani mu
dan rindu semua yg ada pada dirimu.

YA
aku rindu pada sahabat & teman2 ku
aku rindu pada gelak ketawa mereka
aku rindu pada senda gurau mereka
aku rindu bila kau menangis dan ketawa bila bersama aku

YA
aku rindu masa silamku 
aku rindu zaman kecilku
aku rindu akan kenangan2 itu
aku rindu dgn semua yg pernah aku lalui sepanjang hidupku

YA
dan aku rindu juga masa hadapan ku
walau aku belum pasti jalan ceritanya
tapi aku akan cuba mengikut rentak jalan 
yang telah diaturkan utk aku

dan yg aku pasti semua ini akan menerbitkan rasa rindu 
dihati insan2 yg pernah hadir dalam hidup ku
bila aku sudah tiada bersama mereka...YA TUHAN KU.

RINDU itu tidak pernah mati
dalam hati kita sampai bila2.

maka terciptalah puisi rindu dari aku...utk semua yg membaca...TQ